Wednesday, 31 July 2019

Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls

Fakhrusy (Shi), Asyraf (Acap), Iman, Raziq, Nadilla, Lissa & Hanaffi (Fi)


"There are small ships, big ships but the best ship is friendship"
(ayat ni daripada sorang pakcik yang tetiba tegur kitaorang pastu tanya kitaorang ni berkawan ke.. waktu tu zaman sekolah kitaorang tengah lepak kat satu cafe.. cakap punya cakap dia pun bagi ayat tu so sampai sekarang kitaorang keep that in mind & rasanya boleh dikatakan that quote is quite special for us)

        Assalamualaikum. Today I am going to write a long ass story since yesterday I haven’t written anything because of this event. So, semalam saya dan rakan rakan haram jadah saya, HIMFARLINZ (our group’s name), pergi ke Hutan Lipur Kanching @ Rawang. Benda ni bincang baru dua hari lepas pastu semalam pergi macam tu kira unplanned jugak la ni dan semua benda berlaku smooth je! Dah lama tak keluar ngan mereka ni sebab memang susah la berjumpa sekarang sebab masing masing bz sejak masuk alam universiti taktau la kalau nanti dah masuk alam kerja tak nampak batang hidung rasanya. Kami berkawan sejak hujung 2013 waktu ada carnival/event kat sekolah tapi our first moment created waktu hantar buku teks tingkatan 4 pastu keluar sekolah main taman main hujan baling baling kasut it was childish tapi the best moment ever and could not be forgotten!!

        Kami bermula group pun kat wechat omggg wechat sangat kami bukan budak wechat kami buka wechat pun sebab group kami saja. Pastu berpindah ke whatsapp pastu lesap terus group kat wechat dan tiada siapa lagi bermain wechat. Ok enough introduction about them! Kalau fikir balik kami selalu berjumpa dalam sekitar bulan Jun, Julai dan Ogos sebab kami semua sedang cuti. Kalau dah start semester cakap good luck je pastu tak dengar dah berita masing masing. Ye pelik cara kami berkawan sebenarnya tapi kalau jumpa takde la rasa awkward ke apa still rasa ok je. Memula malas nak keluar ngan dorang ni sebab dorang jenis kuat sembang. Saya dan Lissa selalu koyak la ngan sembang kencang dorang sampai pokok pun tumbang bak kata Acap.

        Group selalu senyap je tapi akan berbunyi dalam sekitar 3 bulan ni. Waktu bulan Jun perasan je group selalu berbunyi tapi malas nak ambil port ngan dorang punya sembang tu. Sembang pun pasal games. Koyak lagi bila tau ada je yang free tapi lepak tak ajak (tapi saya memang tak pergi kalau Lissa tak free begitu juga Lissa hehe sampai dorang pun malas nak ajak). Nak dijadikan cerita tetiba boleh keluar ngan dorang semalam tu (walaupun tengah koyak tapi nak join lol) sebab Acap dia duduk Kelantan dia pindah lepas habis sekolah. So kira kalau nak keluar atau lepak ngan dia susah ah so waktu dia datang la nak spend time ngan dia. Pastu tau tau Acap ada sini apalagi rasa cam nak lepak ah balik ngan dorang tapi kami (saya dan Lissa) senyap je lagi.

        Pastu tetiba Acap dia hantar gambar Hutan Lipur Kanching tu pastu dia ajak kami pergi situ. Yang lebih terasa nak pergi bila Acap ada mention nama kami la lagi rasa nak pergi sebab dorang ni susah nak ajak orang hakala fikir siapa. Pastu saya dan Lissa terus cakap onz dorang pun nampak bersungguh (jarang jarang dorang bersungguh ye mereka annoying). Malam sebelum tu, 3 orang hjs (panggilan orang dalam group #ytjt) pergi beli barang barang untuk bbq kat sana. Saya pun searched la pasal tempat ni tapi apa yang merisaukan saya apabila review mengatakan monyet monyet di situ macam street gengster curi makanan orang. So saya cakap cancel la bbq tak nak sebab saya takut monyet (tbh semua binatang).

        Tapi dorang malas nak layan lol tapi saya dah cakap saya tak nak pegang makanan (i wont take a risk like seriously). Saya tidak mengharapkan apa apa pun kira go with the flow je. Dorang ni merancang nak pergi lepas subuh tapi macam biasa sembang jela semua. Pagi hari nak pergi tu, saya pergi la ke rumah Lissa. Awal la dalam 7:15 am saya dah pergi rumah Lissa (tu pun rasa cam dah lambat). Like I said macam biasa bila tanya dalam group, Shi (terkenal dengan lambat dia kalah perempuan bila bersiap) baru nak mandi la apabila orang datang nak angkut dia. Kami pergi dengan kereta mpv Acap so memang muat la kami 7 orang. Dalam group, Izzat dengan Zhar je tak pergi. Kalau dorang join kami rancang nak gi dua kereta.

        Memula sebenarnya rancang nak angkut saya dan Lissa di rumah saya. Tapi sebab saya kesian kat Lissa sebab dorang tinggal barang barang basah kat rumah Lissa so takkan Lissa nak datang ngan barang barang tu. Saya pun cakap kat Lissa takpe lah biar saya pergi rumah dia tapi saya lupa nak inform dalam group hahahahahha. Bila kitaorang tunggu punya tunggu kitaorang cakap 8:15 am cancel je la. Pastu dorang cakap dah sampai depan rumah siap hon. Rupanya dorang di rumah saya zzzzzz. Aduh dah la dorang taktau jalan short cut rumah saya ke rumah Lissa. Pastu tunggu jela dorang ambil jalan traffic light bagai. Tapi boleh je bersabar saja je nak bagi dorang stresssss. Yeee dorang ni selalu janji melayu je so memang dah expect benda ni daripada dorang.


        Pastu kami waze la tempat yang nak dituju huyyo dalam 20 minit je ingatkan 45 minit ke sejam ke ok la gitu. Bila dah sampai ke destinasi, tengok wow ramai jugak ye manusia parking pun nampak cam dah nak penuh. Pastu Acap pergi la parking jauh lul jauh jauh nak ke mana cap tapi takpe la sebab tujuan datang nak jalan pun kan. Pastu masing masing angkat la barang untuk bbq nya dan berjalan la kami sampai tempat kami sampai gitewwww..






        Waktu saya baca blog blog pasal Hutan Lipur Kanching ni dorang kata air terjun ada level sampai level 7. Level 4 paling orang akan kunjungi. Tapi saya dan rakan rakan taktau macam mana nak tau level berapa. Nasib baik level yang kami pergi tu tak ramai orang pun.



        Ok ni di tangga ini rakan rakan. Satu benda berlaku kat saya. Saya taktau kenapa tuan puan saya berasa lemah sedangkan saya dah breakfast satu keping roti dan satu chocolate untuk tenaga padahal hj hj lain lagi lah tak breakfast lagi. Mungkin saya dah lama terdampar duduk di rumah tak melakukan apa apa aktiviti sejak cuti. Kedua dua paha saya terasa sangat lemah sampai saya takleh angkat untuk naik tangga lagi. Lepastu saya berhenti dalam 10 saat nak rilek kan kaki dorang pun naik dan naik tanpa sedar saya lemah di situ. Tetiba bila cuba nak naik lagi, penglihatan saya ada putih dan berputar ye saya pening. Saya hilang keseimbangan (mungkin juga telinga saya tak berapa nak dengar sebab resdung), saya pun duduk.

        Dorang dah sampai kat tempat untuk berhenti berehat sekejap dorang duduk situ dan saya sikit lagi nak sampai. Jadi dorang ingat saya nak duduk di situ walhal sebenarnya saya memang dah tak ada daya. Saya cuba nak panggil mereka tapi tak boleh. Saya dah fikir benda lain memandangkan ni kan hutan tapi saya kuat kan semangat. Pastu Lissa datang kat saya, pastu saya kata saya tak boleh teruskan pastu dia suruh rehat je. Pastu mereka yang lain lain pun tau. Lama jugak la kami berhenti padahal tempat yang nak pergi tak sampai lagi nak cari port. Saya sangat berterima kasih kepada mereka sebab supportive takde la bahan saya ke apa dorang macam took thing serious la. Saya sebenarnya takut dalam keadaan saya macamtu saya fikir kalau saya terus macam ni saya tak boleh naik dan tak boleh juga turun sebab saya dah pening sangat sebenarnya tapi Lissa suruh rehat je dulu.

        Saya ada pakai sapu tangan kat muka (ingatkan panas) tapi saya dah buka sebelum tu sebab memang tetiba rasa tak cukup udara pastu sorang hj tak ingat siapa suruh bukak topi pastu baru rasa macam tak lemas sangat. Pastu dorang bagi minum air pepsi tu rehat jap pastu peh baru ok. Kurang gula rupanya haha! Pastu saya cuba berdiri tengok atas nak naik pastu berpinar balik mata ni terus tutup mata duduk balik.

Lissa teman saya sementara hj hj lain gi cari port.. ada juga makcik mungkin dah biasa hiking tanya saya kenapa so dia suruh tarik nafas dalam-dalam lol deep breathing exercise (saya selalu ajar benda ni kat orang tapi diri sendiri tak praktik lol)

        Pastu dorang pun cakap takpe rehat dulu biar dorang cari port dulu yeee memang bagus dorang naik dulu sebab orang lain tengah naik jugak waktu tu. Lissa pun cakap la takpe kita rehat dalam 10 minit. Pastu dalam 10 minit, gerak la ngan Lissa tapi saya tak boleh tengok atas taktau kenapa saya jalan kena tengok bawah sambil pegang beg Lissa.

        Pastu, Acap ngan Hanaffi pun turun tengok kitaorang. Pastu pegang belakang beg Acap lak sebab kesian Lissa takut rasa cam berat ke apa Acap takpe la. Pastu dah sampai port memula kitaorang. Ada hjs yang tengah try hidupkan api ada hjs yang dah masuk air. Pastu yang dah masuk air tu macam pergi lagi naik tempat air terjun tu pastu dorang jumpa port baek lagi. Pastu dorang suruh tukar tempat. Woi kitaorang dah hidupkan api ni bukan senang. Tapi nak tak nak tempat kat situ lagi best dan macam ada privacy sikit. So kitaorang pun padamkan api tinggalkan arang sebab dah basah kena air pindah barang semua kat port baru. Tapi nasib baik arang ada banyak walaupun arang murah tapi boleh guna. Yang pergi beli barang barang untuk trip kali ni memang terbaek la boleh puji semua lengkap duh!



        Arang, fire starter, lighter, jaring, pinggan, cawan, sudu garpu, minyak, serai, penyepit, plastik sampah, sos pastu makanan cukup untuk semua orang ha biar saya senarai semua biar datang lain kali ingat ni semua hahahaha. Waktu nak hidupkan api tu memang susah la tapi terbaek la Acap paling menyerlah nampak boleh survive dalam hutan sebab maintain kan api. Semua kira dah buat part part masing la tapi kasi highlight sikit. Acap maintainkan api. Lissa dan saya bakar kebanyakan makanan. Fi tolong ambil ranting kayu yang diminta oleh Acap yang boleh dipetik tanpa perlu bergerak (he really minimized his movement lol), ok kalau fikir balik Shi cam duduk je judge orang, pastu Raziq ada tolong letak minyak guna serai tapi bertukar tukar orang gak tapi kenapa waktu turn Raziq serai tu nampak cam layu je zzz buat kerja kasi cukup syarat je Raziq ni, Iman lak duk termenung atas batu tapi ada jugak dia buat kerja iaitu ketuk arang (lol tu jeke).


        Tapi ok la masing masing bekerjasama dan took turn takde la tak membantu langsung ke apa. Pastu kan kitaorang dah memang tak sabar la nak makan makanan kitaorang ni. Bila dah siap bakar letak je dalam pinggan ada hj ambil so kitaorang letak syarat jangan ambil nanti kita makan bersama sama hahahaha lapar kenyang sama sama la geng! Pastu waktu kitaorang tengah berbbq tu, the best part was ada seorang chinese mother ni dia suruh anak anak dia tengok kitaorang berbbq. Pastu dia explained kat kitaorang yang dia nak anak dia ada experience sebab ni first time dia bawa anak anak dia pergi trip macam ni. Pastu dia pun bagitau la anak anak dia macam ni la kalau orang berbbq kat air terjun hidupkan api sendiri semua. Dia pun cam impressed la ngan kitaorang haha!

        Pastu dia kata nanti dia nak anak anak dia ada experience sendiri nanti dapat kawan kawan macam kitaorang boleh berbbq bersama. Pehhhh serius rasa terharu duh kitaorang semua. Pastu kitaorang offer la makanan (walaupun ada hj yang cakap no dalam hati haha) pastu anak dia puji lak sosej tu sedap pehhhhh lagi ah rasa special pula hahahaha. Pastu mak dia pun minta nak anak anak dia bergambar ngan kitaorang so kitaorang welcomed them je la. Serius ni rasa berguna gila bagi inspirasi kat orang hahahahha bila lagi nak berguna dalam masyarakat hj hj sekaliannnn.



        Tadaaaaa ni la tempat kitaorang mandi walaupun tak besar mana tapi betul betul cukup untuk kitaorang bertujuh. Rasa cam private pool pun ada. Tu kalau berendam air paras dada la jugak takde la cetek mana.


        Pastu kat sini la kitaorang menikmati makanan sambil berendam dalam air. Kat sini la kita orang open table iaitu benda selalu kitaorang buat setiap kali lepak tapi takde sorang pun nak cite pape. Hahahahha pastu akhir sekali kena tanya dulu masing masing baru jawab sebab semua hj ada trust issue lol. Pastu gi berbbq lagi pastu masuk balik dalam air. Oleh sebab air sejuk, kami pun buat competition semua kena rendam badan dalam air siapa bangun dulu dia kena belanja semua tealive hahahahha. Antara hj hj yang tak dapat tahan sejuk ialah saya sendiri, Raziq, Fi dan Shi tapi semua masih lagi bertahan.

        Pastu masing masing duk umpan hj suruh bangun macam gi tengok jam kul berapa la apa la haha akhir sekali takde orang bangun pastu semua sepakat kata nak bangun sama sama tapi haih tau dah tak mungkin sama sekali itu terjadi. Pastu Fi yang dah tak tahan pun berkata bangunlah pastu kitaorang cakap bangun je la???? pastu dia kata kalau korang suruh aku belanja tealive gi mampoS.. amboi hahaha sekali dia pun bangun saya apa lagi bangun la tak tahan woi. Kami rancang nak turun pukul 330 pm tapi rasa macam dah ok dah kalau nak turun pun dalam 315 pm kemas kemas semua pastu turun. Bila kami turun ke level level bawah pehhh ramai manusia so nasib baik ah naik level atas sikit tapi taktau level berapa hahahaha. Syukur monyet tidak banyak sangat waktu pergi tu. Dia pun tengah perati orang lain waktu kami lalu tu.

Merenung masa depan jap

Depressed ke tu



Ok saya macam budak sekolah darjah 5 je. Dah la pakai baju Quarter Master sekolah dulu. Saya bagi cadangan semua pakai baju ni memandangkan kami masuk QM dulu so semua ada baju ni tapi bajingan betul mereka kata hilang entah ke mana sudah baju.

Terasa macam kat private party giteewwwwww!

Tak sah la saya kalau jumpa air tak lompat haha

YOU JUMP, I JUMP. BULLSHIT!



Nasib baik waktu saya lompat sempat tarik kepala dia sekali. Huh!



Yang kat sini bahaya sikit takde pagar pastu jalan curam. Suka pokok tu rasa cam kat twilight lak!

Alpha Monkey tengok kawan dia, monyet.

Kat level ni ramai gila orang adakah ini level 4?????


Monyet yang paling datang dekat dengan saya nasib baik dia lalu je cuak gak

Yang ni level bawah lagi boleh tahan ramai gak

        Nasib baik port kami takde monyet langsung cuma ada cicak lawa la tapi geli la asyik asyik datang kat tempat bbq kitaorang. Tapi akhir sekali dapat gak dia sentuh daging waktu kitaorang berendam tapi bagi la jela kitaorang tak makan sangat daging sebab kenyang semua. Hari tu cuaca saaangat baik mendung je tak panas langsung pun cuma hujan waktu betul betul kitaorang dah otw nak ke kereta. Disebabkan hujan kitaorang buat keputusan solat zohor kat R&R je la. Bila sampai R&R tunggu asar jap sebab kitaorang nak gi lepak kat tealive jap. Dah beli tealive semua takde tempat lepak la pulak so pergi la kami ke Kayu Manis (KM) @ Subang Bestari, mamak yang kami selalu pergi. Waktu kat tealive tu Zhar datang kat kami selepas dia selesai pergi program anak anak yatim alhamdulillah si hj sorang ni sila teruskan.

        Saya dan Lissa pun nak naik kereta ngan Zhar sebab protes tak nak duduk belakang sekali hahaha takde la ok je senarnya cuma saja nak naik ngan Zhar. Zhar pulak macam apahal pulak nak naik kereta aku hakala aku bagi ke. Zzzz kisah lak kau bagi ke tak kita tuju tempat yang sama gak nanti iaitu KM. Pastu dah sampai KM saja cakap kat Zhar yang terlupa lak nak suruh dia bawak kad ke uno sekali ambik kau dia balik rumah dia pergi ambil uno (inilah perangai Zhar sanggup buat apa saja :’) senang kata boleh la nak buli jk). Pastu kitaorang main ah uno sampai nak dekat kul 7 pm kecoh tak kisah dah pasal orang lain hahahahah satu permainan lak lama gila tak habis habis sebab hj asyik kenakan next hj.

Tak sempat susun kad terus snap sebelum keadaan menjadi kecoh

       Tapi akhir sekali ada lak pemenang iaitu Zhar ingatkan nak gantung je permainan yang tak habis habis sebab nak balik dah kul 645 pm. Baru satu game dapat main so masih ada hj hj lain ye Zhar yang tak puas hati so kami berniat nak sambung main uno nanti......... harap tak sembang lah. Ha waktu nak balik, saya dan Lissa naik ngan Acap. Yang lain naik ngan Zhar sebab satu kawasan. Waktu hantar Lissa dia bagi chocolates dari Langkawi kepada kami oh beb thank you ;'>

Edit oleh Lissa :) HaHA curi dalam instastory dia

Review untuk Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls;

- Dekat kalau dari Subang dalam 20 minit je
- Taktau la ok ke tak kalau untuk family sebab kalau level bawah bawah ramai orang kalau nak naik atas kesian la jugak kalau family tu ada budak kecik sebab curam jugak tangganya memang penat
- Kat sini tempat dia tenang je ok la nak tenangkan minda
- Takde tandas kat level atas atas bilik persalinan pun level bawah sekali
- Ok sini ada monyet monyet gengster so kalau nak bawak makanan tolong perhati sekeliling
- Rasanya ada perasan sebelum nak masuk tempat tu ada kedai runcit so kalau nak beli snack ke apa boleh la (tak masuk so taktau dia jual apa tapi nampak cam kedai runcit)
- Ha sebelum masuk ada kena bayar tiket iaitu sorang RM 2 dan tandas kena bayar RM 0.50 so sediakanlah duit kecil
- Tandas dia ok la tapi takde la ok sangat bayar lima puluh sen patut boleh ok lagi tapi ok la boleh guna zz pape je la

No comments:

Post a Comment