Saturday, 27 July 2019

Perlukah basuh tuala wanita di tandas awam? (for muslimah)

Image result for initial dustbin female

The Prophet of Allah (pbuh) said:
"Cleanliness and purity are the half of Iman (Faith)." 

     Assalamualaikum. Hari ni bangun bukak twitter tengok orang tengah bincang pasal membasuh tuala wanita di tandas awam. Pertama sekali nak cakap tak suka tandas yang berbidet saya lebih suka dan akan memilih juga tandas yang ada paip air. Ada orang lebih suka bidet. Saya memang tak suka sebab rasa cam tak bersih menyeluruh je. Lagipun bidet tu air nak tak nak je ada lagi la rasa cam nak mengamuk #hehe. Kekadang bidet tu pun terlalu pendek dan ke dalam pastu nak capai ke bidet tu rasanya kita dengan mangkuk tandas sejengkal je huh geli yang amat lagi lagi yang kotor punya. Pastu dalam twitter ada orang complain yang kalau toilet cemni memang sengsara lagi lagi kalau nak basuh pad.

     Ok pastu ada orang balas ewww serius la basuh pad kat public toilet? Memula paham la lagi sebab yela dah tahu tandas tu berbidet camtu kenapa nak basuh di situ gitewww. Pastu ada orang balas lagi tak pernah kerja kat mall la tu. Saya pun macam iya tak ya jugak kesian pulak orang kerja kat mall kalau pilihan tandas ada yang bidet je. Pastu ada orang balas lagi bukan ke selalu ada tong sampah untuk pad buang tak payah basuh macam kat rumah. Saya pun laa biar betul dia ni memang la ada tong sampah khas untuk pad tapi takkan la tak basuh kot?!! Pastu orang tadi yang eww tu pun balas siapa cakap dalam Islam kena cuci pad kalau tak jadi makanan syaiton? Jangan pandai2 buat dalil sendiri memandai mandai buat hukum. Pastu dia pun letak link http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2413-al-kafi-743-hukum-membasuh-tuala-wanita-sebelum-dibuang.

     Pastu dia pun cakap lagi apa fungsi tong sampah yang seperti saya tunjuk kat atas tu? (selalu ada kat tandas wanita sebab khas untuk pad) Siap sterilized lagi dll. Lepas baca tweet selepas tu baru la saya tau ramai je muslimah yang gulung dan balut dengan elok dan buang dalam tong khas tanpa basuh. Dia balas lagi dengan bebelan sebab kena tunggu lama gila beratur nak masuk tandas dan dia kata kalau dekat rumah sendiri takpe la nak basuh berjam jam pun. Ok selepas baca dia bagi tu saya baru tau yang kita muslimah tak payah basuh pad pun takpe yang penting kita kena pastikan kita buang dengan cara yang baik. Ok lagi satu saya paling menyampah la kalau masuk toilet ada darah ke lendir pastu ada orang buang pad tak betul betul masuk dalam tong khas tu atau orang tampal pad atau pantiliner kat dinding dalam tandas like wtf bodo urgh memang tak jadi masuk.

     Tolonglah buang najis anda betul betul tolonglah. Punya geli rasa tu cam nak cari siapa punya angkara nak suruh dia bersihkan balik pastu lagi satu tak nak dituduh sebagai orang yang buat sebab orang seterusnya mesti fikir kita punya kerja. Pasal yang basuh pad tu, kita ni selalu tertipu dengan mazhab orang2 tua dulu yang nanti syaiton jilat la apa kita pun percaya la kalau fikir pun macam logik jugak. Kita punya haid dipanggil darah kotor pastu syaiton kan suka benda benda kotor tu haaa. Sejujurnya saya rasa cam tak biasa je kalau tak basuh pad. Lagipun kita dah diajar basuh pad tapi agak agak la jangan sampai satu tandas tu berlecak tolonglah. Tapi kan dalam banyak banyak tweet saya suka tweet ni.


     Ye betul sebab kita terbiasa dengan semua ni sebab tula. Ini pun maklumat baru bagi saya. Jangan la nak kecam orang buat tu macam benda tu salah padahal mereka taktau pun. Lagi satu, cara dan adab kita bagitau orang tentang suatu perkara tu sangat penting ok. Kesimpulannya, tiada hadith yang menunjukkan darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya atau tidak ada arahan daripada Nabi Muhammad S.A.W agar membasuhnya. Yang penting, pad tu kena buang di tempat yang betul. Jangan buang merata-merata macam kat mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment